Kita tengok siapa jantan nanti! - Akmal

 


Pemuda UMNO akan menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul di pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu semalam.

Ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, langkah itu adalah untuk memastikan keadilan kepada mangsa dan agar suspek dikenakan hukuman yang paling berat di mahkamah.

"Kita tengok siapa jantan nanti!" katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sebelum itu, media melaporkan, polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki tersebut semalam untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira jam 8 malam.

Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ kira-kira jam 9.30 pagi.

Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.

Mangsa yang juga OKU ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.


BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan