Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak malam tadi:
Semalam, Najib mengecam perbualan telefon dia dirakam secara haram dan didedahkan secara umum oleh kerajaan PH1.0 - terutama perbualan telefon antara dia dengan Putera Mahkota UAE yang kini telah menjadi Presiden UAE.
Namun pendedahan rakaman telefon ini sebenarnya menguatkan lagi naratif bahawa:
1. Najib bukan mastermind penyelewengan 1MDB dan kedua-dua Najib dan anak tiri dia tidak sedar bahawa dana yang biayai projek filem Riza ada kaitan dengan 1MDB sebab:
- Putera UAE tidak membantah bahawa terdapat tawaran pinjaman daripada Sheikh Mansour (adik Putera yang juga pengerusi IPIC) serta pihak Aabar, dan Putera UAE sendiri juga pernah menyebutnya.
- dana kepada Riza juga telah disemak oleh bank penerima di USA dan tiada syak bahawa ianya adalah dana haram
- Riza telah dan sedang membayar balik pinjaman tersebut tetapi Najib mahu satu perjanjian pinjaman yang mengukuhkan lagi pinjaman ini
2. Najib mahu perjanjian penyelesaian isu 1MDB disegerakan secepat mungkin bagi memelihara reputasi kedua-dua negara. Niat Najib adalah untuk perlihara reputasi dan hubungan kedua-dua negara tanpa isu diperbesarkan:
- Putera UAE tidak membantah bahawa pihak yang seleweng dana 1MDB adalah individu-individu dekat dengan Putera UAE
- dan akhirnya ini juga adalah bukti bahawa Najib telah berusaha untuk menandatangani perjanjian penyelesaian antara UAE dan 1MDB tahun 2017 adalah bertujuan untuk IPIC membayar balik segala dana yang telah diseleweng dari 1MDB sebelum Disember 2020.
Ini adalah transkrip penuh rakaman perbincangan telefon yang dibuat MalaysiaKini:
------
8.54 malam, 22 Julai 2016 - Najib Abdul Razak menelefon Mohammed Zayed Al Nahyan
Mohammed: Perdana menteri. Apa khabar tuan?
Najib: Saya gembira dapat bercakap dengan anda, Yang Mulia. Saya baik alhamdulillah, dan saya harap anda dan keluarga anda juga baik-baik belaka.
Mohammed: Semua orang hanya baik-baik saja. Perdana menteri, bagaimana keadaan keluarga anda?
Najib: Baik, keluarga di sini baik. Sudah tentu, kami merasa diselubungi sedikit awan gelap akibat pengumuman semalam oleh Jabatan Keadilan (DOJ).
Itulah sebabnya Yang Mulia, penting bagi kita untuk menyelesaikan kebuntuan ini berkaitan 1MDB dan IPIC secepat mungkin, supaya kita meletakkan penyelesain secepat mungkin, kerana ia memalukan kepada kedua-dua negara, memalukan Malaysia, memalukan UAE juga dan personaliti yang dekat dengan anda.
Jadi, saya harap kami dapat mencari penyelesaian secepat mungkin. Sukar untuk saya bercakap dengan anda di telefon. Bolehkah kita bertemu dengan secepat mungkin agar kita dapat menyelesaikan hal ini?
Mohammed: Perdana menteri, itu akan baik-baik saja buat saya tetapi satu-satunya kemungkinan halangan saya berkaitan dengan (presiden UAE) Sheikh Khalifah (Zayed Al Nahyan), yang sedang menjalani rawatan perubatan. Beliau pergi untuk pemeriksaan selama kira-kira lima hari dan (tidak jelas) selepas esok saya masih bersamanya, tetapi adakah ia OK selepas itu?
Mohammed: Baiklah. Bolehkah saya menghubungi anda semula dalam masa kira-kira tiga jam atau empat jam?
Najib: Uhh OK. Ummm, pasti anda boleh memanggil saya, katakan, 11.30 masa kita, iaitu kira-kira dua jam setengah, bolehkah begitu?
Mohammed: Ya, ya, pasti. Pasti, saya akan menghubungi anda sebelum itu.
Najib: Terima kasih, Yang Mulia.
22 Julai 2016 11.33PM - Mohammed Zayed Al Nahyan memanggil Najib Abdul Razak
Najib: Yang Mulia, saya juga mempunyai permintaan peribadi.
Mohammed: Ya.
Najib: Ini berkaitan Riza. Kamu tahu, anak saya.
Mohammed: Ya.
Najib: Dan filemnya. Anda lihat masalahnya agak kecil. Boleh dibuat perjanjian dengan Sheikh Mansour untuk menandatangani perjanjian pinjaman, dan dia akan membayar kembali mengikut jadualnya. Ini akan menunjukkan bahawa ia adalah pakej pembiayaan yang sah dan bukan pengubahan wang haram.
Mohammed: Saya nampak.
Najib: Pada masa ini dia berada di bawah tekanan di Amerika, dan kami bimbangkan dia. Lihatlah, mereka membuatnya menjadi kambing hitam.
Saya akan menghargai, pakej besar kelihatan positif, kita boleh mencari penyelesaian yang saya percaya, uhh. Saya akan menghargai jika perjanjian itu boleh ditandatangani dengan cepat oleh Sheikh Mansour atau sesiapa yang ditetapkan oleh Sheikh Mansour, supaya dia dapat memulakan pembayaran balik.
Dia telah membayar balik sejumlah, dia terus membayar balik, supaya anda lihat ia akan muncul sebagai perjanjian pinjaman sah.
Kerana apabila dia menerimanya, bank-bank membersihkan sumber wang itu jadi dia tidak tahu dari mana asalnya.
Oleh itu, saya tidak mahu dia menjadi mangsa apabila dia benar-benar tidak menyedari tentang sumber wang itu. Dia benar-benar percaya bahawa ia daripada Aabar dan di bawah arahan Sheikh Mansour.
Ingat tak Yang Mulia juga bercakap tentang membantunya ketika dia berada di Abu Dhabi?
Mohammed: (tidak jelas didengar)
Najib: Betul. Oleh itu, saya memerlukan persetujuan itu untuk diselesaikan dengan cepat kepada Yang Mulia, itulah permintaan khas saya. Secepat yang mungkin, jika hari Isnin atau Selasa, kami memerlukan ini untuk menandatangani perjanjian. Bolehkah anda mencadangkan bagaimana kita dapat melakukannya?
Mohammed: (Tidak jelas didengar) Tuan perdana menteri (tidak jelas didengar) jika ia berada dalam bidang kuasa saya (tidak jelas didengar). Saya faham bahawa ini adalah anak anda dan saya benar-benar mahu ...
Najib: Ya, betul, kerana dia benar-benar tidak bersalah. Apa yang dia mahukan ialah membuat filem, dan terdapat tawaran pinjaman daripada Sheikh Mansour dan pihak anda daripada Aabar, dan anda juga pernah menyebutnya.
Ingat? Ketika kita makan tengah hari di restoran (bercakap) tentang membantunya jadi dia fikir semuanya baik-baik saja. Sekarang, mereka cuba mengaitkannya dengan wang 1MDB, yang benar-benar ... ia mengejutkannya.
Mohammed: Tuan perdana menteri, Insya-Allah.
Mohammed: Tuan perdana menteri, percayalah saya mahu ia selesai. Ini tidak baik dan saya tidak mahu-
Najib: Terima kasih, Yang Mulia. Ini sangat tidak bagus, ia boleh membawa kepada sesuatu yang sangat tidak diduga dan bencana kepada saya, untuk kerajaan kita, dan juga untuk anda di sebelah sana.
Oleh itu, adalah demi kepentingan bersama kami, dengan jalinan hubungan rapat, kita perlu menyelesaikannya. Ia bukan sesuatu yang tidak mustahil. Ia adalah sesuatu yang mampu diselesaikan kita.
Mohammed: Saya setuju.
Check out RADIX Kunyit Hitam (20 sachets) POUCH/PAPAN Kopi Sedap HALAL for RM22.00 - RM37.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/8KZxrKhimg?share_channel_code=1 |
0 Ulasan