Nga Kor Ming, tolong simpan sedikit kebodohan kamu tu! - Akmal

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menyekolahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengenai maksud sebenar perkataan 'ham'.
Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:
Bila ada menteri beritahu ham bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali disini apakah maksud ham dari Oxford Learners’s Dictionary.
Ham bermaksud daging yang datangnya dari babi.
Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti disertakan sumbernya di depan dahulu.
Seperti daging lembu, maka ia disebut beef ham, jika daging ayam,maka ia disebut chicken ham. Jika ada beranggapan sama jer ham, maka jawapannya tidak,kerana ia seperti contoh nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Ming walaupun nama di depan sama, tetapi orangnya berbeza.
Sebab itu dalam SOP yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk permohonan halal, mana-mana makanan yang namanya seperti makanan yang tidak halal seperti ham, tidak boleh diberikan sijil halal, tetapi kalau chicken ham, beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.
Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau tak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus.
Tolong simpan sedikit kebodohan kamu tu!!!






Catat Ulasan

0 Ulasan