Lim Guan Eng masuk hospital akibat kecederaan kaki

 


Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menjalani prosedur perubatan menggunakan bius setempat bagi merawat kecederaan pada jari kaki keempatnya yang cedera selepas terlanggar bucu katil pagi tadi.

Menerusi hantaran Facebook hari ini, beliau memaklumkan bahawa keluarganya mendesak agar rawatan segera diberikan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

"Syukur, pakar ortopedik, Datuk Dr Oh Kim Soon dari Island Hospital Pulau Pinang sudi membantu merawat kecederaan saya meskipun sedang cuti Tahun Baharu Cina," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Dr Oh atas kesudian memberikan rawatan segera bagi membetulkan semula kedudukan jari kaki yang 'terkeluar'.

BACA LAGI




Check out Wangian Kasturi Kijang Original Minyak Wangi Kasturi Putih Hitam Sunnah for RM60.00 - RM160.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/qUFua24fK?share_channel_code=1 



Catat Ulasan

0 Ulasan