Majlis Ulama UMNO takut-takut nak tegur sang singa - Fadhli

 

Majlis Ulama UMNO dikatakan seolah-olah berhati-hati dan enggan secara langsung menegur Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu sandwich ham serta jualan arak di kawasan majoriti orang Islam.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan Majlis Ulama UMNO yang dilihat lambat dalam mengeluarkan teguran, selain tidak menamakan secara jelas individu yang terlibat.

“Baguslah Majlis Ulama UMNO menegur menteri bukan Islam agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan tentang Islam. Walaupun lewat, tetapi lebih baik daripada tiada langsung.

“Cumanya, agak keliru apabila Majlis ini menyatakan ia ‘bagi mengelakkan ditunggang oleh mana-mana pihak’. Isunya bukan mengelakkan ia ditunggang, tetapi kenyataan itu sendiri yang berbahaya dan tidak perlu,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Ahmad Fadhli turut menyifatkan tindakan Majlis Ulama UMNO sebagai terlalu berhati-hati sehingga tidak berani menamakan mana-mana menteri secara khusus.

“Nampak nak jaga hati lagi tu. Sudahlah tidak berani menamakan mana satu menteri yang ditegur sehingga memalitkan semua Menteri dan Timbalan Menteri bukan Islam, padahal yang buat hal hanyalah tiga atau empat orang sahaja.

“Nampak masih takut-takut. Barangkali gerun nak sentuh sang singa. Padahal, singa bukanlah mampu membunuh seekor lalat,” katanya lagi.


BACA LAGI









Catat Ulasan

0 Ulasan