DAP yang kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 dilihat bersikap lebih sudu daripada kuah dalam desakan untuk mewujudkan satu lagi lokasi ala Jonker Walk di negeri itu.
Hairan juga, apakah tidak cukup dengan Jonker Walk sedia ada sehingga mahu ditambah satu lagi?
Lokasi yang dicadangkan di sekitar Jalan Hang Tuah pula mencetuskan kontroversi dan bantahan daripada orang ramai.
Mereka bimbang sekiranya hasrat yang disuarkan Setiausaha DAP Melaka, Low Chee Leong itu menjadi kenyataan, nama Jalan Hang Tuah menerima nasib yang sama seperti Jalan Hang Jebat.
Malah, tidak ramai yang tahu nama rasmi Jonker Walk adalah Jalan Hang Jebat.
Tidak mustahil Jalan Hang Tuah akan lebih dikenali sebagai Jonker Walk 2 jika kerajaan negeri Melaka bersetuju dengan cadangan mengarut daripada DAP itu.
Mujurlah pemimpin-pemimpin UMNO Melaka seperti Datuk Dr Akmal Saleh membantah sekeras-kerasnya cadangan tersebut.
Jangan dilayan suara DAP itu. Sudahlah dapat kuota Exco pun atas ihsan UMNO. Mahu cakap banyak pula.
Cukup-cukuplah Melaka yang sinonim dengan kegemilangan kerajaan Melayu silam 'dibaratkan' dengan warisan penjajah seperti A Famosa.
Bahkan nama Jonker Walk itu sendiri pun mencerminkan warisan penjajah.
Check out Wangian Kasturi Kijang Original Minyak Wangi Kasturi Putih Hitam Sunnah for RM60.00 - RM160.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/qUFua24fK?share_channel_code=1 |
0 Ulasan