PAS tidak menganggap pelik adanya titah adendum oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.
Apatah lagi, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbicaraan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu berlaku semasa pemerintahan baginda.
"Mereka yang menolaknya, sama ada kerana jahil agama atau kalangan bukan Islam atau dendam dan tidak sabar ketika berkuasa.
"PAS tetap menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi, termasuklah terhadap orang yang paling bermusuh dengannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, tindakan para pemimpin dan ahli PAS yang mendukung isu bagi meletakkan Islam sebagai contoh kepada semua, walaupun terhadap musuh yang telah membelasah PAS dalam tempoh yang panjang.
Abdul Hadi berkata, PAS tidak bersikap laksana hujan sehari melenyapkan panas setahun.
Menurut beliau, konsep adil kepada semua dan mendahulukan kemaafan menjadikan konsep Islam berjaya mengalahkan golongan penjajah yang lebih kuat dan kaya.
"Banyak kenyataan tokoh ilmuwan dan politik Barat melabelkan slogan Islam itu lebih bahaya daripada fahaman komunis yang dianggap paling kejam dan penjajah liberal yang paling menipu dan ganas.
"Sehingga mencetuskan fitnah Islamofobia dan bahaya gelombang hijau yang ditaja oleh DAP," jelasnya.
Abdul Hadi berkata, PAS yakin dan percaya bahawa isu tersebut boleh menarik kalangan Melayu Islam agar bersatu bersama Islam.
Menurut beliau, perpaduan Melayu Islam dibenci oleh kalangan yang dengki terhadap umat Islam yang bersatu walaupun kebaikannya untuk semua pihak dalam negara.
"Termasuk kalangan bukan Islam yang berada di bawah payung rahmat Allah bersama Islam yang telah dinyatakan tujuannya oleh Rasulullah SAW dengan membawa hukum Allah yang adil kepada seluruh manusia," katanya.
Check out 255ml. 100% kacang tempatan. Minyak sacha inchi .cold pressed. for RM35.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/3VUa2V9Exd?share_channel_code=1 |
0 Ulasan