Berikut adalah hantaran Facebook Najib Razak hari ini:
Geng JKOM sering guna screenshot sebelah kiri tapi tak pernah ulas berkenaan bahagian kanan.
Sejak 1MDB ditubuh sehingga sekarang, kerajaan telah bayar RM48.06 bilion untuk hutang dan faedah hutang 1MDB.
Namun setakat ini, dana sebanyak RM53.83 bilion diterima kerajaan hasil penjualan semula Edra RM9.83b, pelbagai perjanjian penyelesaian yang setakat ini sudah RM32b (dan ada beberapa lagi masih diusahakan) dan penjualan projek Bandar Malaysia dengan harga sekurang-kurangnya RM12b kepada Petronas.
RM9.83b+RM32b+RM12b = RM53.83b.
Selain pelbagai aktiviti kebajikan dan penempatan semula, 1MDB juga telah belanja untuk kebaikan negara:
- RM3b bina/naik taraf 8 pangkalan termasuk bina pangkalan udara terbesar Malaysia di Sendayan
- RM3b bina sistem terowong 5km bawah KL untuk kurangkan sesak trafik
Dan 1MDB masih banyak baki aset-aset bernilai:
- Projek TRX RM40b
- Tanah P.Pinang RM2b
- Tanah Pulau Indah RM400 juta
BERMAKNA, negara UNTUNG BESAR dengan 1MDB, bukan rugi.
(Dalam podcast dengan LSS pada bulan Sep 2024, Rafizi Ramli pun tak berani sangkal bila LSS kata 1MDB untung besar)
Bagi mereka yang beri alasan bahawa dana-dana penyelesaian tidak akan wujud sekiranya Najib tidak ditumbangkan, perlu ingat bahawa ianya juga kerajaan PH1.0 yang batalkan perjanjian penyelesain tahun 2017 dengan IPIC yang bakal menerima pampasan sehingga US$7 bilion (RM31.5 bilion) sebelum 30 Disember 2020.
Check out Susu Kambing Coklat Hana Goat Milk | Milkbooster | Chocolate for RM49.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/9f4vwmX8zg |
0 Ulasan