Puad gesa Pejabat Peguam Negara batal mohon gag order titah adendum

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Pejabat Peguam Neagra membatalkan permohonan perintah larangan (gag order) berhubung isu titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikut adalah hantaran Facebook beliau hari ini:

Komen rakyat terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara untuk “gag order” terlalu negatif. Ia menambah parah “trust deficit kepada kerajaan.

Gag order melarang rakyat bercakap isu “titah adendum” menyebabkan rakyat percaya kerajaan ada banyak lagi rahsia yang mahu disorokkan. Banyak spekulasi dan juga andaian negatif akan berlegar di media sosial. Ia memburukkan kredibiliti kerajaan.

Maka wajar Pejabat Peguam Negara membatalkan permohonan gag order tersebut kerana Mahkamah Tinggi memutuskan ia mesti dipohon sebelum 20 Januari 2025.

Apakah maksud gag order?













Catat Ulasan

0 Ulasan