Semakin terdesak! Sanggup upah influencer murahan serang Dr Akmal

 


Nampaknya ada pihak yang sudah jadi seperti cacing kepanasan apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh lantang bersuara dalam isu jualan sandwich ham di Universiti Malaya.

Mereka semakin terdesak untuk menegakkan benang basah apabila sanggup mengupah pempengaruh dengan bayaran yang tidak seberapa untuk menyerang Dr Akmal di media sosial.

Taktik kotor itu didedahkan oleh Dr Akmal sendiri dalam hantaran Facebook beliau hari ini:

Sampai nak kena cari orang dan berbayar ke nak hentam saya. 😂😂😂

Patut lain macam fake akaun naik. 

Kamu boleh upah orang hentam saya, upah lah beribu orang sekalipun, tetapi sedikit pun saya tidak akan berganjak. 

Kerana saya percaya saya buat ini demi agama bangsa dan tanah air saya. 

Saya tak ada duit pun nak bagi kepada orang yang pertahankan saya, hanya ucapan terima kasih ikhlas dari diri saya dan hanya Allah sahaja mampu membalasnya. 

No fear no surrender!

Tindakan pihak terbabit yang menggunakan taktik kotor itu dikecam oleh para penyokong Dr Akmal.

Malah ada yang mencadangkan supaya pempengaruh upahan yang berbangsa Melayu makan sandwich ham terbabit secara live jika mereka benar-benar yakin dengan status halalnya.

JAKIM pun telah mengesahkan bahawa sandwich ham yang dijual di KK Mart itu tiada sijil halal.


 Apakah maksud gag order?







Catat Ulasan

0 Ulasan