Serangan DAPSY terhadap Akmal isyarat galakkan pertembungan dengan Pemuda UMNO

 


Setiausaha Pemuda UMNO dan BN, Hafiz Ariffin mengingatkan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Pemuda PH bahawa serangan terhadap Datuk Dr Akmal Saleh adalah isyarat untuk menggalakkan pertembungan antara kedua-dua pihak.

Berikut adalah kenyataan beliau hari ini:

Takrifan ham yang dipamerkan di bungkusan makanan oleh KK Mart ini telah disahkan oleh JAKIM tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang mengeluarkan bukan pemegang SPHM. Maka ini adalah penipuan penggunaan logo halal palsu. Kesannya besar.

Teguran YB Akmal Saleh adalah kepada KK Mart & peniaga adalah wajar. Ini bukan serangan kepada Kerajaan Malaysia atau mana-mana parti dalam kerajaan Perpaduan. Mungkin ada rasa remeh, ada rasa penting. Namun bagi pengguna beragama Islam hal ini mustahak. Ini adalah hak untuk menyuarakan.

Persoalan saya, mengapa cepat sangat Ketua DAPSY yang baru ini melompat? Kita dalam Pemuda Perpaduan berjumpa pun belum, komen yang diberikan “jangan tunjuk hero” saya fikir ia kasar dan berikan mesej kita hendak ada pertembungan.

Saya tegaskan, mana-mana pimpinan kami Pemuda menghormati kepimpinan Pemuda PH - namun semenjak dua ini pimpinan Pemuda PH cukup kasar dalam mengeluarkan komen. Mind your words. We have nothing against you—our concern is solely with issues and matters that are important to us.

Meneruskan amalan menyerang Dr Akmal Saleh selaku Ketua Pemuda adalah signal kepada galakkan untuk pertembungan dengan Pemuda UMNO dan BN.


BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan