Abdul Hadi jangan lupa kisah PASDAP

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terikut-ikut menggunakan momokan UMDAP setelah kalah teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Menurut beliau, Perikatan Nasional (PN) sukar menerima kekalahan lalu Abdul Hadi menuduh UMNO mahu menyucikan DAP yang dituduhkan anti-Islam.

Mohd. Puad menambah, UMNO dan DAP didakwa menggunakan 'matlamat menghalalkan cara'.

"Politik 'labelling' merupakan taktik lama PAS untuk memfitnah UMNO.

"PAS hidup dengan naratif 3R. PAS menjual momokan 'Melayu-Islam terancam'," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Beliau berkata, PAS sebenarnya menepuk air dalam dulang tetapi terpercik kemuka sendiri. 

Mohd. Puad memberitahu, semasa PAS bekerjasama dengan DAP dahulu, DAP dimahasucikan oleh Abdul Hadi. 

"Masa PASDAP, YB DAP petik ayat al-Quran dihalalkan. Tetapi MB Kedah marah YB Howard Lee petik ayat al-Quran dalam TikTok. 

"Pemuda PAS Perak kata kurang ajar. Dr. Asyraf tegur YB Howard secara berhemah. Howard minta maaf. Itu cara UMNO," jelasnya.

Menurut beliau, Abdul Hadi juga pernah mengerah ahli PAS keluar mengundi calon DAP. 

"Ternyata PAS yang guna 'matlamat halalkan cara'.

"PAS patut henti guna politik labelling. Cermin diri sendiri dan jangan tepuk air dalam dulang," katanya.

BACA LAGI

MENARIK



Catat Ulasan

0 Ulasan