Bekas pegawai Menteri Ekonomi, Najib Bakar mengesahkan pejabat Datuk Seri Rafizi Ramli di kementerian itu tidak pernah dikosongkan.
Penjelasan beliau itu adalah bercanggah dengan dakwaan yang dibuat oleh anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataan media malam tadi.
"Saya boleh sahkan pejabat RR tidak pernah dikosongkan sewaktu beliau bercuti hari tu.
"Kalau nak screenshot status saya ni pun boleh," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Najib menyatakan bahawa pejabat Menteri Ekonomi sebenarnya dikemaskan untuk persiapan jamuan Hari Raya Aidilfitri.
"Pejabat Menteri Ekonomi dah dikosongkan? Ceritanya begini.
"Pada 27 April 2025, memang ramai SB masuk ke KE untuk semak betul atau tidak YB Rafizi dah kemas pejabat.
"Tak tahulah depa dengar rumors dari mana, agaknya dari 'sumber tak dinamakan'.
"Sebenarnya ya, memang pejabat menteri dikemaskan, tapi sebagai persiapan jamuan raya Pejabat Menteri pada 28 April 2025.
"Ni ha gambar jamuan raya pada tarikh tersebut. Semoga menjawab segala kekeliruan," jelasnya.

0 Ulasan