Himpunan Turun Anwar gagal

 

Gambar hiasan: FB PAS Terengganu

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyifatkan Himpunan Turun Anwar yang dianjurkan pembangkang sebagai satu kegagalan.

Menurut beliau, objektif utama iaitu mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan langsung tidak tercapai.

“Akui sahajalah perhimpunan itu gagal. Anwar tidak turun. Kalau betul ada durian runtuh baguslah. 

"Rakyat untung, PAS yang basah kuyup,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa himpunan tersebut berjaya membuka jalan ke arah pelaksanaan titah addendum dan mempercepat keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd. Puad membidas hujah berkenaan sebagai menyimpang daripada objektif asal perhimpunan.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada seorang pun pemimpin utama pembangkang menyentuh soal titah adendum sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

“Habis mana objektif ‘Turun Anwar’? Baru sehari sudah mengaku kalah. Kalau diteliti ucapan Tun Mahathir, Hamzah dan Muhyiddin, tidak seorang pun menyentuh pasal addendum,” ujarnya.

Beliau turut menyindir tindakan pemimpin PAS yang dilihat lebih sibuk memuat naik video bagi membuktikan jumlah kehadiran mencecah 500,000 orang, berbanding fokus kepada matlamat sebenar perhimpunan.

“Di situ pula mereka berpolemik,” katanya.




Catat Ulasan

0 Ulasan