Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menuduh beberapa suspek yang terlibat dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Menurut jabatan itu, keputusan dibuat berdasarkan keterangan yang ada setelah meneliti kertas siasatan kes kematian tersebut yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.
"Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
0 Ulasan