Jangan tuduh MPPn zionis atau pembuli pula - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sinis berharap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak mengerahkan DAPSY membuat laporan polis terhadap Majlis Perbandaran Pontian (MPPn).

Menurut beliau, MPPn telah mengarahkan sebuah klinik pergigian swasta ditutup selama 30 hari kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Mohd. Puad juga berharap pemimpin PAN, Khalid Abdul Samad tidak menuduh tindakan itu sebagai 'duduk di bawah tempurung'.

"Ia juga bukan perbuatan 'zionis' atau membuli. 

"Ia telah melanggar Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDP) 2019 iaitu kewajipan pengibaran bendera," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan