Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bertanya kepada UMANY sama ada persatuan pelajar cauvinistik itu bersetuju supaya sistem sekolah satu aliran dilaksanakan di negara ini.
"Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan STPM syarat tunggal masuk universiti maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan sekolah jenis kebangsaan dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja?
"Kalau tidak bersetuju, jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi pula," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.
Beliau mengulas cadangan UMANY yang kurang cerdik iaitu program matrikulasi dimansuhkan dan penilaian kemasukan ke universiti awam dilakukan melalui keputusan STPM sahaja.
Walau bagaimanapun, setelah teruk dikecam, UMANY membuat pusingan U dengan memberi alasan tersilap menggunakan perkataan 'mansuh'.
Persatuan tak guna walau satu sen pun itu menjelaskan, maksud sebenarnya adalah menggabungkan matrikulasi dan STPM bagi mewujudkan sistem peperiksaan bersepadu bagi kemasukan ke universiti awam.

0 Ulasan