UMANY minta maaf cadang mansuh matrikulasi, mahu sistem peperiksaan bersepadu pula

 

UMANY memohon maaf berhubung cadangan awal untuk 'memansuhkan' sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak.

Persatuan pelajar yang suka mencetuskan kontroversi itu berkata, penggunaan perkataan 'mansuhkan' program matrikulasi, yang mungkin menimbulkan salah faham. 

"Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut," katanya dalam kenyataan media semalam.

Tambah persatuan kurang cerdik tersebut, maksud sebenar mereka adalah menggabungkan program matrikulasi dengan peperiksaan STPM, berasaskan sukatan pelajaran STPM yang kini diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.

UMANY turut menegaskan cadangan melaksanakan 'sistem peperiksaan bersepadu' sama sekali tidak berkaitan dengan isu perkauman. 

"Tujuan sebenar adalah memperbaiki sistem sedia ada supaya lebih adil dan telus, sekali gus menyelesaikan punca ketidakadilan dalam pengambilan pelajar ke universiti," katanya.

Tambahnya, kelmarin, UMANY telah menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dengan menekankan cadangan tersebut sebagai cara paling berkesan untuk menangani isu kuota kemasukan universiti.

Sementara itu, UMANY menjelaskan cadangan peperiksaan bersepadu tetap akan mengambil kira keperluan golongan yang kurang bernasib baik bagi memastikan nilai keadilan sosial dizahirkan dalam proses kemasukan.

"UMANY turut menegaskan bahawa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini memberi isyarat cadangan itu boleh dinilai secara menyeluruh – menunjukkan kementerian tidak menolaknya sepenuhnya, sebaliknya memerlukan lebih banyak kajian.

"Kami percaya bahawa apabila peperiksaan bersepadu dilaksanakan, kerajaan boleh menetapkan kuota khusus untuk membantu golongan yang memerlukan, agar mereka diberi keutamaan. 

"Dalam masa yang sama, semua pelajar cemerlang dapat dibandingkan secara adil di platform yang sama, sekali gus menyelesaikan secara tuntas kontroversi pengambilan pelajar yang sering berlaku setiap tahun," kata persatuan cauvinistik itu.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan