DAP pernah hina BR1M 'Bantuan Rasuah 1Malaysia'

 


Penganalisis politik, Datuk Eric See-To mempersoalkan pendirian DAP berhubung pemberian bantuan tunai kepada rakyat selepas kenyataan parti itu terhadap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada 2012 kembali diperkatakan.

Menurut beliau, ketika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat, DAP mengecam langkah tersebut dengan pelbagai tuduhan.

“DAP berkata, Najib berlagak seolah-olah menjadi pembela rakyat dengan memberi BR1M. 

"Pada hemat mereka, pemberian ini adalah satu program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’ untuk memancing undi bagi PRU13,” katanya.

Tambahnya, ketika itu DAP turut menuduh BR1M hanya mengambil kesempatan daripada tekanan inflasi sebenar yang dihadapi rakyat tanpa memikirkan kesan hutang negara yang semakin meningkat dan bakal ditanggung generasi akan datang.

Eric berkata, DAP berkata, pokok kepada peningkatan inflasi negara adalah berpunca dari dasar-dasar BN yang tidak langsung menunjukkan kejujuran atau kesungguhan mahu membantu rakyat, kecuali hanya untuk menarik undi, maksudnya BR1M akan menyebabkan inflasi.

Beliau turut mengingatkan kenyataan DAP yang mendakwa peningkatan harga barang akibat BR1M akan menurunkan pendapatan sebenar seseorang sehingga menjalar kepada masalah sosioekonomi selain menambah hutang rakyat.

“Mereka menuduh usaha kerajaan BN ketika itu sebagai ‘memabukkan rakyat’ supaya melupakan kesakitan dan keperitan hidup untuk sementara waktu,” katanya.

Sehubungan itu, Eric mempersoalkan sikap DAP hari ini terhadap Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100.

“Jadi, bagaimana pula dengan SARA RM100?” soalnya.




Catat Ulasan

0 Ulasan