RUU PSB: PAS hargai keterbukaan UMNO

 


PAS menghargai keterbukaan UMNO dalam mengumumkan penubuhan Pasukan Khas bagi meneliti dan memperhalusi Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB). 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, langkah itu menunjukkan kesediaan untuk mengkaji secara mendalam implikasi undang-undang tersebut terhadap rakyat.

"Sehubungan itu, PAS menegaskan kesediaan untuk turut sama jika dijemput dalam apa jua perbincangan atau konvensyen yang dianjurkan, khususnya yang melibatkan parti-parti Melayu. 

"PAS yakin bahawa melalui wadah kesatuan Islam dan Melayu sahajalah kita dapat menyelamatkan negara daripada sebarang kerangka undang-undang yang berpotensi menzalimi rakyat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, PAS berpandangan, suara kolektif umat Melayu-Islam perlu diangkat secara serius dalam menggubal sebarang dasar atau undang-undang berkaitan pembangunan bandar agar ia tidak mengabaikan kepentingan rakyat bawahan, keadilan sosial serta keseimbangan pembangunan.

"Insya-Allah, PAS akan terus komited memperjuangkan kepentingan rakyat bersama-sama dengan mana-mana pihak yang ikhlas dalam agenda penyatuan ummah serta mempertahankan kesejahteraan negara," katanya.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan