PRN Sabah punca UMNO tangguh PAU 2025

 


Perhimpunan Agung UMNO 2025 ditangguh kepada 14 hingga 17 Januari 2026 susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 29 November tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pertindihan tarikh PRN Sabah dengan tarikh asal PAU yang sebelum ini telah dirancang pada 26 hingga 29 November 2025.

“Dengan penangguhan ini, diharapkan agar kepimpinan dan jentera UMNO seluruh Malaysia dapat menumpukan sepenuh tenaga dan usaha membantu Barisan Nasional (BN) Sabah bagi meraih kembali kepercayaan rakyat, untuk BN kembali mengemudi kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

BACA LAGI









Catat Ulasan

0 Ulasan