Puad dakwa Muhyiddin bukan calon PM pilihan PAS

 

Kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan mengumumkan calon Perdana Menteri lebih awal dilihat sebagai isyarat jelas bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan pilihan PAS untuk menerajui kerajaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus menutup rapat impian Muhyiddin untuk kembali menjadi Perdana Menteri.

“Ustaz Hadi menyatakan PAS tidak akan umum calon Perdana Menteri lebih awal. Dia bimbang keselamatan calon tersebut. Takut disogok emas dan diletakkan dadah dalam kereta.

“Ia mengesahkan, PAS memang ada calon sendiri. Muhyiddin bukan pilihan PAS walaupun diputuskan oleh Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu,” katanya dalam hantaran Facebook, semalam.

Menurut Dr. Puad, apabila Abdul Hadi menyebut calon Perdana Menteri Pas akan berintegriti, ia seolah-olah menggambarkan bahawa Muhyiddin tidak mempunyai ciri tersebut.

“PAS akan menamakan calon berintegriti. Seolah olah Muhyiddin tidak berintegriti. Apakah Muhyiddin mudah dilalaikan dengan jongkong emas?

“Bermakna impian Muhyiddin tertutup rapat. Bukan saja kerana isu integriti tetapi juga umur sudah melebihi 70 tahun. Itu isyarat jelas Haji Hadi,” katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan