Semua 9 juta penerima STR terima SARA tahun depan



Semua sembilan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal mendapat manfaat tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun mulai tahun depan.

Berita gembira itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, satu juta penerima STR yang tersenarai di bawah sistem eKasih akan menerima bantuan SARA lebih tinggi, iaitu sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi kategori bujang, mereka akan menerima bantuan SARA sebanyak RM50 sebulan atau RM600 setahun.

“Kadar maksimum diterima isi rumah adalah RM4,600 ringgit, iaitu pendapatan bawah RM2,500 sebulan, dengan lima anak menerima STR RM2,200 dan SARA RM2,400,” katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan