14 calon... siapa bakal dipilih pengundi DUN Tulid?

 


Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid menjadi kerusi paling sengit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 apabila 14 calon disahkan bertanding.

Calon-calon yang bertembung termasuk Rufinah Pengeran daripada Pakatan Harapan (PH), Vinson Rusikan (Parti Kebangsaan Sabah atau PKS), Lucia Khing (Parti Warisan), Datuk Everitus Gungkit (Parti Solidariti Tanah Airku atau STAR), Mohd Khairil Abdullah (Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu atau UPKO), Ancis @ Rayner Francis Udog (Parti Impian Sabah atau PIS), Jufina Dimis (Parti Rumpun Sabah) dan Dr. Aisat Ellik Igau Inggau (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat atau KDM).

Turut mencuba nasib ialah enam calon Bebas iaitu Suman @ Sunsunah Yasambun, Clarence Carter Maraat, Edwin Laimin, Jordan Jude Ellron, Engah Sintan @ Dahlan Abdullah dan Lautis @ Laulis Anggang yang pertama kali bertanding pada 2020.

DUN Tulid mempunyai seramai 16,551 pengundi dan pada PRN Sabah ke-16, kerusi berkenaan dimenangi Flovia Ng daripada STAR dengan majoriti 544 undi.

Empat lagi kawasan iaitu Tamparuli, Inanam, Kapayan dan Bandau turut mencatat 13 pencalonan, manakala Banggi mencatat persaingan 12 penjuru.

Sebanyak enam DUN pula merekodkan pertandingan 11 penjuru iaitu Bengkoka, Tanjong Kapor, Karambunai, Tanjung Keramat, Balung dan Pintasan yang menarik penyertaan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pertandingan enam penjuru yang merupakan format paling banyak dicatat pada PRN kali ini berlaku di 13 DUN iaitu Pitas, Matunggong, Usukan, Darau, Likas, Kuala Penyu, Lumadan, Sungai Manila, Sekong, Lamag, Kunak, Apas dan Sri Tanjong.

Persaingan paling sedikit direkodkan di DUN Senallang dan Merotai, masing-masing dengan empat penjuru.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan