SPRM lapor polis ekoran tohmahan terhadap Azam Baki

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis hari ini berhubung rakaman video yang dimuat naik di akaun Facebook Pejuang Tun Dr Mahathir yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Memetik laporan MalaysiaGazette, sumber memberitahu, laporan itu dibuat oleh pegawai SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Langkah itu diambil selepas penyiaran rakaman perbualan antara seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong dengan seorang ahli perniagaan bernama Albert Tei.

“Laporan polis ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menyiasat tohmahan sebagaimana disebut dalam perbualan itu bahawa seorang individu telah berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan meminta supaya diringankan kes dihadapi Albert Tei dan supaya kes itu diselesaikan secara baik dan tidak berlarutan.

“Dalam laporan polis itu juga, pegawai SPRM berkenaan turut menyebut bahawa kandungan video terbabit berniat jahat bagi menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM sedangkan siasatan SPRM adalah telus dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun,” katanya.

Sumber itu menjelaskan, perbualan dalam klip video berkenaan bukan sahaja bertujuan menjejaskan reputasi Ketua Pesuruhjaya SPRM, malah dipercayai mahu mencemar imej serta kredibiliti SPRM.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM mengesahkan laporan polis tersebut dan menegaskan ia dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu yang terlibat.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan