Rakyat terkedu Fadhlina kekal Menteri Pendidikan

 

Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan Fadhlina Sidek sebagai Menteri Pendidikan menamatkan segala spekulasi yang berlegar sebelum ini.

Ramai yang menyangka Ketua Wanita PKR itu akan digugurkan kerana prestasi beliau dikatakan kurang memuaskan.

Nampaknya sangkaan mereka tersasar sama sekali kerana beliau terus menyandang portfolio penting itu.

Fadhlina menerima kecaman hebat berikutan isu buli di sekolah serta sikapnya yang dikatakan agak emosional ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Semoga Fadhlina memanfaatkan peluang kedua ini dengan menoktahkan isu buli serta mengawal emosi dengan jayanya.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan