Netizen harap Adam Adli tunai janji pendidikan percuma

 

Rata-rata netizen amat menyambut baik dan sangat gembira dengan pelantikan Adam Adli Abd. Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu.

Mana tidaknya, semasa bergelar aktivisi mahasiswa propembangkang dahulu beliau amat lantang memperjuangkan isu pendidikan percuma bagi peringkat pendidikan tinggi.

Dengan portfolio terbaharu beliau itu, misinya memperjuangkan pendidikan percuma termasuk memansuhkan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh disambung semula.

Diharap Adam Adli tidak menghampakan harapan rakyat terutamanya mereka yang bersama-sama berguling dengan beliau di jalan raya dahulu.

Janji mesti ditepati. Rakyat menanti perkembangan positif selepas beliau berhijrah dari Kementerian Belia dan Sukan.

Kita doakan semoga segala urusan Adam Adli dalam memperjuangkan pendidikan percuma berjalan luncur.

BACA LAGI 








Catat Ulasan

0 Ulasan