DAPSY terciduk, meroyan minta Akmal letak jawatan masuk PAS

 


Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) nampaknya terciduk dengan desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh agar UMNO keluar dari Kerajaan Perpaduan.

Sehubungan itu, sayap pemuda DAP yang kurang cerdik itu menggesa Dr. Akmal menunjukkan teladan dengan meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka dan menjadi perintis menyertai PAS.

Menurut DAPSY, kerjasama antara parti politik berdasarkan kesepakatan adalah perkara biasa dalam politik. 

"Konsensus dalam kalangan pelbagai parti kerajaan perpaduan adalah untuk mentadbir bersama sehingga tamatnya penggal ini. 

"Sesebuah kerajaan yang stabil adalah diperlukan dalam keadaan pasca pandemik dan ketidaktentuan ekonomi," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Dr. Akmal membuat desakan itu ketika berucap dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO di WTC Kuala Lumpur semalam.

DAPSY menambah, Dr. Akmal sepatutnya menerangkan apakah keperluan sebenar masyarakat Melayu daripada sibuk melaungkan slogan “perpaduan Melayu”. 

Hakikatnya, kata DAPSY yang kurang cerdik, masyarakat berbilang kaum tidak memerlukan retorik kosong, lakonan politik berlebihan, atau politik perpecahan berdasarkan kaum, tetapi sebaliknya memerlukan dasar kerajaan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

DAPSY meroyan lagi, kerajaan pintu belakang pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pernah melaungkan slogan perpaduan Melayu, namun pentadbirannya terbukti gagal sehingga rakyat terpaksa mengangkat bendera putih

"Kestabilan politik hanya dicapai selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Pakatan Harapan (PH) serta melaksanakan Akta Antilompat Parti.

DAPSY terus mengarut lagi, mungkin Dr. Akmal selaku Ketua Pemuda Terpaling Perikatan Nasional (PN) melupai bahawa UMNO sendiri pernah menjadi mangsa apabila PAS dan Bersatu muncul sebagai pesaing terbesar dan merampas kebanyakan kerusi daripada UMNO. 

"Yang lawaknya adalah bahawa PN yang paling lantang melaungkan perpaduan Melayu kini juga dilihat semakin berpecah-belah," katanya.

Malangnya, kata DAPSY yang kurang cerdik, parti-parti tersebut yang sibuk berpecah dan gagal mentadbir negeri sendiri dengan baik disarankan sebagai rakan strategik oleh seorang Ketua Pemuda yang bergelar doktor. 

DAPSY meroyan, hubungan rapat antara Dr. Akmal dengan PAS sebenarnya bukan rahsia, malah Dr. Akmal tidak pernah berasa malu dengan dakwaan bahawa dia bertindak seperti ejen PN. 

"Yang peliknya para pemimpin utama dalam partinya tidak pernah menyokong atau mengesahkan pendiriannya," karutnya.

DAPSY berkata, semua yang celik politik akan sedar bahawa slogan Dr. Akmal adalah sekadar lakonan politik dan tidak akan mendapat sambutan, namun Dr. Akmal bolehlah menjadi teladan dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu. 

"Sekiranya tidak, inilah seumpama cakap tidak serupa bikin," katanya.

DAPSY yang kurang cerdik hairan kerana Dr. Akmal sendiri tidak berani untuk melepaskan kuasa dan jawatan tetapi asyik mendesak pemimpin parti sendiri untuk keluar daripada kerajaan.

"Apabila Dr. Akmal mengatakan bahawa dia ingin bersama dengan PAS untuk mempertahankan hak orang Melayu, adakah dia sedang menuduh bahawa seluruh kerajaan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Menteri Besar daripada UMNO gagal mempertahankan kepentingan Melayu? Jawapannya adalah terang lagi bersuluh. 

"Oleh itu, tuduhan Dr. Akmal yang tidak berasas ini adalah cukup teruk sekali dan maka pimpinan UMNO wajib tampil untuk menyangkal tuduhan tersebut.

"Keluarlah daripada kerajaan negeri Melaka dahulu sekiranya berani, bukannya melaungkan slogan setiap hari dan meraih simpati. Jadilah jantan," kata DAPSY terus meroyan. 

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan