Kenapa Ramasamy menggelupur takut Melayu Islam bersama? - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bertanya kepada Presiden Urimai, P. Ramasamy mengapa beliau risau apabila melihat parti-parti politik Melayu dan Islam mahu bekerjasama.

Beliau mempersoalkan adakah Ramasamy dan konco-konconya mahu lihat orang Melayu dan Islam berpecah.

"Yang kamu nak menggelupur takut Melayu Islam bersama ni kenapa? 

"Ke memang niat geng-geng kamu ni nak lihat Melayu Islam berpecah??

"Bersatulah wahai saudaraku kerana itulah yang menjadi ketakutan geng-geng mereka ini 

"Buang yang keruh, kita mulakan buku baru," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

Kelmarin, Ramasamy berkata, tindakan PAS melepaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bersama-sama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) diibaratkan seperti membina istana pasir.

Ramasamy berkata, jika pemimpin Pas beranggapan UMNO adalah alternatif yang lebih baik daripada Bersatu, maka kejahilan politik sedemikian amat menghairankan.

BACA LAGI 







Catat Ulasan

0 Ulasan