Saya masih Presiden Bersatu - Muhyiddin

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau masih menerajui kepimpinan Bersatu sebagai Presiden. 

Walaupun tidak lagi memimpin Perikatan Nasional (PN), katanya, Bersatu kekal sebagai rakan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam PN, dan kerjasama ini akan terus dipelihara demi kestabilan serta kekuatan gabungan.

Menurut beliau, dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan seluruh pimpinan dan ahli Bersatu adalah untuk memastikan  kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti. 

"Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan, tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun dan mampan.

"Saya menuntut agar seluruh ahli Bersatu kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati, serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti," katanya dalam kenyataan media semalam.

Sempena Tahun Baharu 2026, Muhyiddin menyeru seluruh ahli Bersatu agar memperkukuhkan kerjasama, memperteguhkan perpaduan dan menutup rapat segala ruang perpecahan dalam parti.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan