UMPSA ambil tindakan tegas isu pelajar pijak al-Quran

 


Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)  memandang serius terhadap penyebaran kandungan di media sosial menerusi akaun milik individu yang dikatakan membabitkan universiti berkenaan yang menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam.

UMPSA tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan palsu atau menghasut kebencian

Katanya, sentimen 3R tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batasan serta sensitiviti.

"Siasatan sedang  dijalankan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024," tegasnya dalam kenyataan media bertarikh 25 Februari 2026.

UMPSA sentiasa  mengingatkan semua warga universiti  agar sentiasa mengutamakan sikap hormat-menghormati dan kasih sayang dalam hidup bermasyarakat.

"Warga UMPSA diingatkan agar tidak menyebarkan  kandungan menyentuh isu berkaitan 3R di media sosial yang boleh menggugat keamanan negara," katanya.

Sejak 24 Februari 2026, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA di media sosial.

Turut tular adalah gambar lelaki berkenaan dan tangkap layar komen yang menghina Nabi Muhammad SAW.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan