Wartawan legenda Karam Singh Walia meninggal dunia

 


Bekas wartawan penyiaran yang pernah berkhidmat untuk Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Datuk Karam Singh Walia, meninggal dunia awal pagi 6 April 2026.

Memetik laporan Buletin TV3, perkara itu disahkan oleh adik mendiang yang juga Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad, Jasbant Singh.

Mendiang yang dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 1959, ialah wartawan penyiaran di stesen televisyen swasta negara, TV3 sejak 1995 sehingga bersara pada 2014.

Karam Singh juga dikenali sebagai wartawan alam sekitar paling berpengaruh serta terkenal dengan laporan-laporan khas yang berani dan berimpak tinggi, khususnya dalam mengetengahkan isu pencemaran, keselamatan awam serta kepentingan kelestarian alam sekitar.

Beliau juga pernah meraih anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) menerusi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik pada 2004, 2005, 2006 dan 2007 dan pemenang Wartawan TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan