Pejabat MB Selangor sediakan makanan untuk peserta Himpunan Daulat Tuanku anjuran PAS

 

Pejabat Menteri Besar Selangor akan menyediakan makanan dan minuman kepada mereka yang menghadiri Himpunan Daulat Tuanku anjuran PAS di luar pekarangan  Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pada 16 Mei 2026.

Perkara itu disahkan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi setelah dimaklumkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhamad.

Beliau juga menyambut baik objektif perhimpunan tersebut yang selaras dengan pendirian konsisten kerajaan negeri dalam mempertahankan agama Islam, kepentingan Melayu dan kedaulatan institusi diraja di Selangor.

"Semoga himpunan yang dirancang diadakan secara aman, tertib dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

"Saya telah berhubung dengan Ketua Polis Selangor dan memohon pihak polis memudahcara himpunan ini agar berjalan dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya dalam hantaran Facebook pada 12 Mei 2026.

Sementara itu, dalam kenyataan media, Saifuddin berkata, Pejabat Menteri Besar Selangor akan menyediakan 1,000 pek makanan dan minuman kepada peserta himpunan berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap budaya demokrasi yang matang dan aman.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan