Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mengecam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana menndakwa tindakan Dewan Negeri Johor meluluskan usul pindaan Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 (ADUN lantikan) sebagai tidak berperlembagaan dan menyifatkannya sebagai tindakan pintu belakang.
Beliau yang juga Yang Dipertua DUN Johor berkata, Kor Ming mahu PH mengadakan kempen mengutip tandatangan rakyat Johor membantah keputusan tersebut.
"Kita tanya Kor Ming, mana lebih berperlembagaan, lulus enakmen dalam sidang dewan atau kutip tanda tangan yang boleh dieksploitasi.
"Persidangan itu berlangsung dengan tertib dan ikut peraturan. Ia lulus dengan sokongan majoriti 2/3," katanya dalam hantaran Facebook pada 10 Mei 2026.
Mohd Puad mengingatkan Kor Ming bahawa DUN Johor tidak bersidang bawah pokok macam zaman DAP-PAS mentadbir Perak sepanjang Mei 2008 hinggga Febuari 2009.
Beliau berkata, Kor Ming ketika itu Exco Kerajaan Negeri Perak dan jawatannya gugur apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hilang majoriti mudah kerana tiga ADUN PR keluar parti.
"Kor Ming hadir sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 itu.
"Apakah itu berperlembagaan dan demokratik? Bukankah itu langkah ikut pintu belakang?" soalnya.

0 Ulasan