umnomelakafans bukan akaun rasmi UMNO Melaka

 

KENYATAAN MEDIA

PENAFIAN BERHUBUNG AKAUN MEDIA SOSIAL “UMNOMELAKAFANS”

1. Saya ingin menjelaskan bahawa akaun media sosial yang menggunakan nama “umnomelakafans” sebagaimana yang sedang tular bukan akaun rasmi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan tidak mewakili pendirian rasmi UMNO Negeri Melaka.

2. Sebarang kandungan, kenyataan, grafik atau komen yang diterbitkan melalui akaun tersebut tidak pernah mendapat kebenaran atau mandat daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka.

3. Penjelasan ini dibuat susulan tular satu hantaran daripada akaun berkenaan berkaitan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah, yang telah menimbulkan pelbagai reaksi serta salah faham dalam kalangan masyarakat.

4. Kami memandang serius penggunaan nama dan identiti yang boleh menimbulkan kekeliruan serta menyebabkan masyarakat mengaitkan kandungan akaun tersebut dengan UMNO Negeri Melaka.

5. Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak menganggap sebarang kandungan daripada akaun berkenaan sebagai kenyataan atau pendirian rasmi UMNO Negeri Melaka.

6. UMNO Negeri Melaka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan menyerahkan segala maklumat serta bukti berkaitan yang berada dalam simpanan kami.

YB SENATOR DATUK HAJI MUSTAFA BIN MUSA

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka

28 September 2026 








Catat Ulasan

0 Ulasan