Bak kut teh kini makanan warisan negara


Bak kut teh iaitu sejenis sup berasaskan daging babi telah diwartakan sebagai makanan warisan di Malaysia.

Perkara tersebut diisytiharkan oleh Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertajuk "Perisytiharan Objek Warisan 2024" yang disiarkan dalam laman sesawang Jabatan Peguam Negara semalam.

Turut diisytiharkan sebagai makanan warisan dalam warta yang sama adalah burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang/kuih lapis, kuih karas dan uthappam. 




Selain itu, jeruk tuhau dan air katira juga diwartakan sebagai objek warisan.

Pengisytiharan tersebut dibuat di bawah subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].


Catat Ulasan

0 Ulasan