Berikut adalah hantaran Facebook Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid hari ini:
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memaktubkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Bahasa Melayu, hak istimewa orang Melayu & Bumiputera, serta kedudukan Raja-raja Melayu tetap utuh dilindungi.
Tidak ada satu pun parti dalam kerajaan hari ini yang mampu mengubah perkara ini sewenang-wenangnya. Segala perubahan mesti mendapat persetujuan majoriti besar Parlimen dan perkenan Majlis Raja-raja.
BN, khususnya UMNO, berada dalam kerajaan bukan untuk menyerah kalah, tetapi untuk memastikan suara Melayu dan Islam tetap bergema dalam setiap dasar dan keputusan.
Kita (UMNO) diberikan tanggungjawab untuk mentadbir kementerian seperti KKDW, MARA dan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri (I) adalah Pengerusi kepada 29 Jawatankuasa Kabinet yang ditugaskan untuk membantu menyelaraskan tugasan khas mana-mana kementerian yang terlibat.
Pastinya dalam 29 jawatankuasa kabinet yang beliau pengerusikan, salah satunya mempunyai agenda Melayu & Islam untuk terus diangkat dan dimartabatkan, sebagai contoh Dasar Tahfiz Negara dan Dasar TVET Negara.
Melayu dan Islam tidak pernah terancam. Sebaliknya, kita memimpin kerajaan dengan maruah, memastikan keharmonian terjaga, kestabilan dikekalkan, dan masa depan generasi akan datang terjamin.
Musuh sebenar Melayu & Islam ialah perpecahan sesama kita sendiri. Bila kita berpecah, bila kita sibuk menjatuhkan sesama kita, bila kita lupa nilai persaudaraan dan perjuangan, ketika itulah kita benar-benar terancam.
Meminjam kata-kata Saudara Wan Mahussin Wan Zain, Zahid Hamidi bukanlah individu yang merosakkan UMNO tetapi individu yang bernama Zahid Hamidi rosak namanya kerana mempertahankan UMNO [tidak tunduk kepada ugutan oleh TM untuk membubarkan UMNO, yang pada ketika itu TM menjadi PM buat kali ke-2 selepas kekalahan besar BN pada PRU14]
Zahid Hamidi bukan maksum dan lebih jauh dari sempurna. Tetapi dia tidak pernah lupa tanggungjawab dan amanah yang diberikan sejak dia diamanahkan oleh perwakilan sebagai Presiden UMNO. Saat difitnah, dia tidak menjauh. Saat diasak, dia tetap teguh. Dia tidak menunduk kepada tekanan, kerana yang dia jaga adalah amanah perwakilan dan kepimpinan terdahulu untuk menjaga sebuah parti keramat UMNO.
Politik bukan hanya tentang jawatan, tetapi tentang cinta, amanah, dan SEBUAH KESETIAAN.
0 Ulasan