Warisan ada peluang cerah menang PRN Sabah

 

PRN Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi menjanjikan pertarungan sengit antara GRS + PH + BN, PN dan Warisan.

Sudah tentu banyak pihak membuat spekulasi mengenai parti yang akan berkuasa di Sabah selepas PRN nanti.

Melihat kepada situasi politik terkini di Sabah dan Malaysia, Warisan yang diketuai Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membuat keputusan tepat untuk bertanding secara solo.

Sebahagian besar rakyat Sabah berpandangan, prestasi GRS sebagai kerajaan negeri adalah tidak memuaskan.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dikatakan gagal menangani isu-isu infrastruktur asas khususnya bekalan air.

PH yang bersekutu dengan GRS juga berdepan masalah untuk meyakinkan rakyat Sabah untuk mengundi mereka.

Prestasi PH di peringkat Pusat juga masih jauh daripada memuaskan malah kesan negatif terutamanya dari segi ekonomi turut dirasakan rakyat Sabah.

DAP dijangka tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang, namun situasi dijangka berbeza bagi PKR.

BN pula terpalit dengan kes mahkamah yang dihadapi Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya.

Tambahan pula, UMNO Sabah yang diketuai Bung Moktar berlaga angin dengan GRS, sekali gus boleh menyebabkan gerak kerja kempen pilihan raya terjejas.

PN yang dikuasai PAS dan Bersatu dilabel sebagai parti Semenanjung, justeru tidak menepati aspirasi Sabah untuk orang Sabah.

Rakyat Sabah yang majmuk dari segi agama dan etnik juga sukar untuk menerima ideologi PAS yang berteraskan agenda Islam-Melayu.

Warisan juga ada kelemahan yang diwarisi dari era pentadbiran Mohd. Shafie sebagai Ketua Menteri dahulu.

Jika Warisan bijak mengambil peluang memanipulasi kelemahan lawan-lawannya, tidak mustahil parti itu akan berkuasa semula di Sabah.

Rakyat Sabah pasti mahu parti yang benar-benar menepati janji dalam memperjuangkan hak-hak mereka, dan bukan sekadar pandai melontarkan retorik palsu tidak bermakna.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan