Banjir Melaka: Akmal basuh ADUN Bersatu

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof yang menyalahkan kerajaan negeri berhubung kejadian banjir kilat di Melaka baru-baru ini.

Menurut beliau, jika mengikut logik yang dibawa oleh Mohd. Aleef, banjir di Kelantan dan Terengganu juga boleh dianggap berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri walaupun pelbagai projek pembangunan dilaksanakan.

“Maknanya projek pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu juga tidak perlu dilakukan kerana banjir di Kelantan tetap berlaku? 

"Nak kritik boleh, tapi biarlah guna akal dan fakta, kalau tidak nampak bengap sangat,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Dr. Akmal menegaskan isu projek tebatan banjir telah dijelaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Melaka sebelum ini.

“Sebab itu lain kali masa sidang dewan dengarlah jawapan, bukannya sibuk main telefon,” katanya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan