Pemuda PAS Padang Terap kecam layan polis terhadap Tamim Dahri

 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap mengecam keras dakwaan layanan tidak berperikemanusiaan terhadap seorang aktivis yang ditahan di IPD Gombak sebagaimana dilaporkan media. 

Pemangku Timbalan Ketuanya, Mohamad Basyir Mohamad Azam berkata, dakwaan bahawa tahanan dilayan secara kasar, diperlakukan secara memalukan serta dinafikan layanan sewajarnya merupakan satu gambaran yang amat memalukan imej penguatkuasaan undang-undang negara.

Menurut beliau, apa yang lebih mengecewakan, kejadian itu berlaku ketika kerajaan begitu lantang bercakap mengenai reformasi, kebebasan bersuara dan hak asasi manusia

"Rakyat melihat wujudnya hipokrasi yang jelas. 

"Di pentas politik bercakap soal hak rakyat, namun di lapangan masih berlaku dakwaan penindasan terhadap individu yang ditahan," katanya dalam kenyataan media pada 17 Februari 2026.

Mohamad Basyir berkata, Dewan Pemuda PAS Padang Terap menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh berdiam diri atau sekadar memberikan kenyataan defensif bagi menutup kemarahan rakyat. 

Beliau berkata, satu siasatan bebas, telus dan terbuka mesti dilaksanakan segera, dan hasil siasatan tersebut hendaklah diumumkan kepada rakyat tanpa sebarang perlindungan kepada mana-mana pihak yang terlibat.

"Sekiranya benar berlaku salah laku, tindakan tegas mesti diambil tanpa kompromi. 

"Rakyat tidak boleh menerima budaya penyalahgunaan kuasa yang terus dibiarkan sehingga menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang," jelasnya..

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Padang Terap juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa tahanan tetap manusia yang mempunyai hak di sisi undang-undang, dan sebarang bentuk layanan tidak berperikemanusiaan adalah satu kezaliman yang tidak boleh diterima dalam negara yang mendakwa menjunjung prinsip keadilan.

"Kami menyeru rakyat supaya terus bangkit menuntut ketelusan dan keadilan

"Kerajaan yang benar-benar menghormati hak rakyat tidak akan takut kepada siasatan terbuka, tetapi kerajaan yang takut kepada kebenaran akan terus mencari alasan untuk melindungi kegagalan sendiri," katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan