PTPTN banyak penambahbaikan kurang beban peminjam semasa zaman Najib

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melalui banyak pembaharuan dan penambahbaikan sepanjang zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dahulu.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, pada 2009, kadar pinjaman PTPTN yang sebelumnya dikenakan pada kadar konvensional 3%, diubah menjadi kadar ujrah 1% yang patuh syariah

"Caj ini bagi menampung kos pengurusan. Ini sekali gus menurunkan kos pinjaman pelajar," katanya dalam hantaran Facebook 9 Februari lalu.

Tambahnya, pada 2010, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib telah mengumumkan penghapusan hutang PTPTN bagi graduan ijazah kelas pertama sekali gus menjadikan mereka menerima pendidikan percuma.

Katanya, setakat Mac 2018, seramai 50,153 graduan telah diberikan pengecualian bayaran balik PTPTN.

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, pada 2012, diperkenalkan diskaun PTPTN sebanyak 20% bagi bayaran penuh, atau 10% bagi bayaran ansuran dan skim diskaun diteruskan bagi tahun-tahun berikutnya.

Katanya, pada 2017, kerajaan meningkatkan kelonggaran bayaran balik pinjaman daripada 6 bulan kepada 12 bulan selepas tamat pengajian. 

"Awal 2018 sebelum PRU14, atas arahan Najib Razak, beberapa pegawai mula teliti dan buat kajian awal insentif PTPTN baharu - hapuskan sebahagian besar hutang graduan ijazah kelas kedua pula.

"Mei 2018, Najib Razak diberhentikan.

"Tidak semua kebaikan yang kita lakukan dilihat atau dihargai orang.

"Tetapi usaha dan kebaikan yang kita lakukan ini ikhlas dan Allah Maha Mengetahui," katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan