Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh membayangkan, orang Melayu akan menjadi semakin berpecah sekiranya Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli meneruskan hasrat menubuhkan parti baharu.
Menurut beliau, situasi itu boleh menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa.
"Kita yang majoriti berpecah.
"Akhirnya minoriti yang bersatu menjadi kuasa utama," katanya dalam hantaran Facebook pada 26 Februari 2026.
Hari ini, Rafizi membayangkan beliau akan menubuhkan parti baharu pada Jun ini.

0 Ulasan