Menteri agama pandang serius insiden individu pijak al-Quran

 

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius dan memantau insiden yang tular melibatkan seorang individu bukan Islam yang menghina Islam dan al-Quran

Menterinya, Dr. Zulkifli Hasan berkata, perbuatan itu telah mengguris maruah umat Islam apatah lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini.

"Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang.

"Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya dalam kenyataan media pada 25 Februari 2026.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan