Rakyat tak mahu jawapan selektif isu Azam Baki beli saham - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, rakyat tidak mahu jawapan selektif dalam isu pembelian saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Beliau menegaskan, jawapan mesti menyeluruh dan telus.

Puad berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azam, SPRM dan badan pemantau telah memberi penjelasan namun ia tidak meredakan komen netizen terhadap isu 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad dan 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.

"Azam mendakwa pemilikan itu telah diisytiharkan. Isunya ialah bukan setakat isytihar sahaja, tapi apakah mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara sebelum beli saham melebihi RM100K?

"Apa yang membingungkan, dalam banyak kaunter saham di Bursa KL kenapa pilih Velocity Capital sebuah syarikat ah long berlesen? Benarkah  Victor Chin & Farhash ada kaitan dengan syarikat tersebut?" katanya dalam hantaran Facebook pada 14 Februari 2026.

Beliau menambah, satu lagi isu yang tidak dijawab adalah sama ada betul saham itu dibeli atau hanya dipindah milik ke akaun Azam. 

"Atau yang bayar adalah Velocity kerana kemudiannya saham tersebut akan dicagarkan kembali kepada Velocity? (kerana velocity adalah syarikat ahlong berlesen)," katanya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan