Akmal kesal Abdul Hadi tuduh UMNO jahil

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh kesal dengan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh UMNO sebagai jahil bagi mewajarkan penolakan terhadap gagasan Rumah Bangsa yang ditawarkan UMNO.

"Kita mengajak penyatuan agama bangsa. Kita pula yang dikatakan jahil," katanya dalam hantaran Facebook pada 12 Mac 2026.

Beliau menganggap kenyataan Abdul Hadi itu tidak perlu dipandang serius.

"Tidak mengapalah, kita konsisten teruskan agenda penyatuan demi kerana Allah bukan kerana pemimpin.

"p/s: Alangkah indahnya jika kenyataan ini dikeluarkan ketika PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu 😊," sindirnya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan