Kamu dulu berguling atas jalan raya bantah harga minyak naik, Akmal sekolahkan MP Kampar

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengecam Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin kerana menuduh beliau gagal memahami isu kenaikan harga minyak yang sedang melanda negara.

Menurut beliau, pihaknya sudah lama memahami formula harga minyak sejak zaman Barisan Nasional (BN) memerintah negara dahulu.

"Tapi ketika itu kamu dan kawan-kawan kamu yang tidak mampu faham sehingga berguling di atas jalan raya dan jelajah satu negara beritahu kamu ada formula nak turun harga minyak.

"Dulu jadi pembangkang bukan main lagi bantah, hari ni jadi kerajaan sokong pula ya.

"Yang retorik tahap dewa ni adalah kamu dan kawan-kawan kamu lah bro. 

"Kalau ada demo turun harga minyak oleh DAP tolong bagitau ya, nak join juga 😊," katanya dalam hantaran Facebook pada 9 April 2026.

BACA LAGI







Catat Ulasan

0 Ulasan