DAP mahu semua pelajar cemerlang SPM 2025 yang beroleh keputusan 10A ke atas diberi penempatan secara automatik dalam program matrikulasi.
Penegasan itu dinyatakan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dalam mesyuarat bulanan pada 6 April 2026.
"Menyeru kerajaan meneruskan dasar untuk memastikan semua pelajar cemerlang SPM 2025 yang mendapat 10A ke atas diberikan penempatan secara automatik dalam program matrikulasi dan memastikan pelajar cemerlang yang lain turut diberi pertimbangan yang sewajarnya mengiikut kapasiti sedia ada," katanya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataan media pada 7 April 2026.
Sementara itu, beliau berkata, DAP menyokong tindakan tegas dan keras oleh kerajaan terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang menyebabkan kematian tanpa pilih kasih untuk memberi satu mesej yang kuat kepada semua pemandu untuk sentiasa bertanggungjawab demi keselamatan bersama di jalan raya.

0 Ulasan