Belum tentu Rafizi lulus ujian lisan di mahkamah jika didakwa - Puad

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pelbagai cara dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk membina naratif bahawa beliau bukan perasuah. 

Beliau berkata, Rafizi mendabik dada kononnya  tidak ada satu sen pun duit masuk ke akaun peribadinya. 

Menurut Mohd. Puad, Rafizi menjaja cerita, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dalam mesyuarat Kabinet bila projek semikonduktor ARM Malaysia diluluskan. 

"Rafizi juga guna logik. Katanya, orang yang ada fail, tidak akan cari gaduh dengan orang yang pegang fail. Orang yang tidak takut akan terus bercakap, terus lawan, terus buka isu. 

"Tetapi Rafizi jangan menyempitkan makna rasuah. Ini bukan soal berani. Makna rasuah luas. Baguslah SPRM tidak tergesa-gesa. "Tetapi jangan buat gila. Riuh satu kampung ada dua orang akan didakwa. Tetapi kesudahannya tidak didakwa. Malu PMX nanti.

"Rafizi boleh dabik dada bahawa dia telah selesai ambil peperiksaan SPRM. Tetapi belum tentu lulus ujian lisan di mahkamah jika didakwa. 

"Ini kerana definisi rasuah dan salah guna kuasa adalah luas," katanya dalam hantaran Faceboook pada 12 Mei 2026.

BACA






Catat Ulasan

0 Ulasan