1. Pereka cipta yang inovatif dan kreatif, Zulkifli Haron melihat manusia-manusia yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan dari sudut pandangan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh para penggiat media sendiri.
2. Katakan seorang jurugambar mengambil gambar sebuah rekaan, contohnya mesin membuat kerepek dan seorang wartawan menulis laporan tentangnya.
3. Pengilang yang membaca laporan tentang mesin tersebut dan melihat gambarnya berminat untuk mengkomersialkan bagi pasaran industri kecil dan sederhana (IKS).
4. Syarikat-syarikat IKS yang membeli mesin membuat kuih itu memerlukan pekerja bagi mengendalikannya.
5. Kuih-kuih yang dihasilkan syarikat-syarikat IKS sudah tentu mesti dipasarkan. Kegiatan pemasaran seterusnya membuka peluang-peluang baharu dalam sektor peruncitan, pengangkutan dan pengiklanan.
6. Secara tidak langsung, wartawan dan jurugambar yang terlibat dalam penghasilan laporan tentang mesin membuat kuih itu telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.
7. Secara tidak langsung juga, golongan kurang bernasib baik atau berpendapatan rendah menerima manfaat sama ada sebagai pengusaha atau pekerja.
8. Saya menghargai pandangan Zulkifli. Beliau sentiasa berupaya membuatkan sesiapa sahaja yang pernah bersemuka dengannya melihat kehidupan dari sudut yang positif.
0 Ulasan