Nilai BR1M

1. Wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama ada RM650, RM450 atau RM200 sebenarnya mencukupi untuk membeli barangan keperluan asas selama 12 bulan.

2. Apa yang penting, wang yang diterima hendaklah dibelanjakan secara berhemah dan tidak dilencongkan bagi membeli barang-barang yang kurang perlu.

3. Contohnya, bagi keluarga dengan tiga anak yang masih bersekolah lazimnya memberi keutamaan kepada pembelian beras. Dengan andaian keluarga terbabit menggunakan 20 kilogram beras sebulan dan membeli Beras Nasional pada harga RM17.50 sekampit (10 kg): RM17.50 x 2 x 12 = RM420.

4. Keluarga dengan anak-anak yang masih kecil atau bayi sebaik-baiknya menggunakan wang BR1M untuk membeli susu tepung atau lampin pakai buang.

5. Ketua isi rumah atau individu bujang yang menerima BR1M sewajarnya membuat perancangan terlebih dahulu bagi mengelakkan wang hilang tanpa diketahui ke mana perginya.

6. Memanglah RM650, RM450 atau RM200 tidak menjadikan kita kaya raya tetapi sekurang-kurangnya lega sedikit poket kita semasa berbelanja.

7. Apabila pendapatan melebihi kelayakan menerima BR1M, maklumkan kepada kerajaan. Kalau kita jujur, insya Allah, rezeki akan datang dari punca yang lain.

Catat Ulasan

0 Ulasan